Astrokuiz Peringkat Negeri Sarawak
Pertandingan Astrokuiz merupakan salah satu daripada aktiviti yang telah dijalankan di Planetarium Sultan Iskandar. Pertandingan ini telah dimulakan pada tahun 2006 dan mendapat penyertaan yang sangat baik dari sekolah-sekolah berhampiran Kuching dan hal ini membuatkan Planetarium Sultan Iskandar menganjurkan pertandingan ini pada setiap tahun. Setelah menganjurkan pertandingan ini selama beberapa tahun dan sambutan menggalakkan dari peserta, pihak Planetarium ingin memperluaskan pertandingan ini dengan membuka penyertaan kepada sekolah di setiap kawasan yang tidak hanya tertumpu kepada sekolah di bahagian Kuching sahaja.
Matlamat Utama
Pertandingan astrokuiz diharap dapat menyuntik minat pelajar dalam bidang astronomi dan menyumbang kepada pembangunan Negara.
Objektif
- Menguji tahap pengetahuan atau penguasaan pelajar dalam bidang astronomi.
- Memberi insentif kepada pelajar untuk menguasai serta mempelajari bidang astronomi.
- Mewujudkan integrasi antara peserta disamping meningkatkan semangat kerjasama dalam kumpulan.
- Memperluaskan pengetahuan pelajar mengenai bidang astronomi terutama bagi peserta yang akan menyertai pertandingan ini.
Penganjur
Pertandingan ini adalah cadangan dari Planetarium Sultan Iskandar Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak untuk mendapat kerjasama dari Persatuan Astronomi Sarawak, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, ANGKASA.
Sasaran Peserta
Pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5.
Bilangan Peserta
Bilangan peserta untuk pertandingan Astrokuiz di semua peringkat adalah tetap iaitu 4 orang peserta termasuk peserta simpanan.
Zon |
Kawasan/Daerah |
Bilangan Peserta |
Jumlah |
1 Kuching |
Kuching |
3 Orang Peserta |
4 Orang Peserta (+ 1 Orang |
2 Sri Aman |
Sri Aman Lubok Antu Betong Saratok Sarikei Maradong Julau |
3 Orang Peserta |
4 Orang Peserta (+ 1 Orang |
3 Sibu |
Sibu Kanowit Selangau Kapit Song Belaga Dalat Daro |
3 Orang Peserta |
4 Orang Peserta (+ 1 Orang |
4 Bintulu |
Bintulu Tatau Sebauh Miri Baram Subis Limbang Lawas |
3 Orang Peserta |
4 Orang Peserta (+ 1 Orang |
Jumlah Keseluruhan |
20 Orang |
Pemilihan Peserta
Pemilihan peserta bertujuan untuk memilih peserta yang paling layak mewakili negeri masing-masing ke pertandingan Astro Kuiz peringkat kebangsaan.
Tahap pemilihan peserta yang akan diadakan iaitu:
- Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak akan mengadili dan memilih sekolah yang layak untuk setiap sekolah/zon.
Jawatankuasa Pengelola
- Planetarium Sultan Iskandar, KPS
- Persatuan Astronomi Sarawak
- Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
- Agensi Angkasa Malaysia (ANGKASA)
Tentatif Program
Program Pertandingan Astro Kuiz (Pemilihan Mewakili ZON)
Tarikh : 3 April 2013
Lokasi : Zon 1-4 (Serentak)
Program Pertandingan Astro Kuiz 2013 (Akhir)
Tarikh : Mei 2013
Lokasi : Planetarium Sultan Iskandar
Panel Pemilihan Soalan
Soalan Kuiz dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:-
- Kategori Sejarah dan Tokoh Astronomi
- Kategori Sistem Suria
- Kategori Buruj
- Kategori Pengetahuan Am
- Kategori Teknologi Astronomi