psi logo new

Astronomi 4U

Pengenalan

Program Astronomy4u (Astronomy for University) ini pada asalnya adalah sebahagian dari aktiviti yang dianjurkan oleh kelab/persatuan pelajar dari IPT tempatan. Bermula dari tahun 2012, pihak PSI telah mengambil inisiatif untuk menjadikan program lawatan dari IPT kepada bentuk yang lebih padat sambil menambahkan lebih nilai interaktiviti dan media sosial. Aktiviti yang ditawarkan adalah berbentuk lebih kepada pengenalan astronomi dan bagaimana untuk mengkongsikan astronomi ini kepada masyarakat.

Objektif

  1. Untuk mendedahkan astronomi kepada mahasiswa
  2. Menjadikan astronomi sebagai satu wadah kepada mahasiswa sebagai satu ilmu menarik untuk dikongsikan dengan masyarakat

Kesimpulan

Adalah diharapkan supaya program pendek ini akan dijadikan sebagai batu loncatan kepada mahasiswa untuk melibatkan diri dengan astronomi dan seterusnya membantu menyebarkan ilmu ini kepada masyarakat

PrintEmail