psi logo new

Cerapan Awam

Cerapan awam
Aktiviti cerapan awam merupakan salah satu program yang dijalankan oleh Planetarium Sultan Iskandar untuk memberikan kesedaran dan ilmu astronomi kepada orang awam.
Cerapan yang dijalankan akan diadakan di tempat-tempat awam seperti di sekitar Planetarium Sultan Iskandar atau pun di kawasan Tebingan Kuching. 
Aktiviti cerapan diadakan sekiranya terdapat fenomena semasa astronomi yang berlaku seperti gerhana matahari, Bulan atau transit Venus. 
Bagaimanapun, cerapan ini hanya dapat dijalankan sekiranya cuaca mengizinkan termasuk tidak hujan dan langit tidak berawan.

Kelengkapan
PSI mempunyai beberapa teleskop untuk membantu dalam aktiviti cerapan

  • Teleskop Meade (10 inci)
  • Teleskop Meade (7 inci)
  • Teleskop Celestron (8 inci)
  • Teleskop Dobsonian
  • Teleskop Coronado membantu dalam cerapan permukaan matahari

Peralatan yang lain terlibat seperti aplikasi Starwalk menggunakan iPad dan penunjuk laser hijau untuk membantu penerangan. 
Sesi penerangan akan menggunakan bahasa yang mudah dan tidak melibatkan jargon astronomi. 

Jadual
Buat masa ini, PSI belum mengeluarkan jadual tetap bagi mengadakan aktiviti cerapan. Oleh itu, sila rujuk kalendar bagi aktiviti cerapan yang akan datang.

Print Email