Hari Astronomi

Pengenalan

Hari Astronomi (dikenali dengan nama Astronomy Day) pada asalnya telah mula disambut pada tahun 1973 di oleh Astronomical Association of Northern California.Semenjak itu, ia telah disambut oleh planetarium-planetarium, pusat-pusat sains dan persatuan serta kelab astronomi di seluruh dunia.

Sejarah

Di Sarawak, Astronomy Day telah mula disambut secara kecil-kecilan oleh Persatuan Astronomi Sarawak sejak tahun 2003. Sejak 2007, ia telah mula disambut secara besar-besaran oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak. Pada tahun 2008, ia telah diadakan di lokasi berbeza iaitu di SMK Matang Hilir selaku sekolah astronomi pertama. Pada tahun 2009 pula, ia telah diadakan semula di Planetarium Sultan Iskandar. Bagaimanapun pada tahun 2010, ia tidak dapat disambut kerana terdapat kerja-kerja pembaikan diadakan di bahagian Dewan Suarah Negeri Kuching. Pada tahun 2011, Hari Astronomi ini kembali diadakan di Planetarium Sultan Iskandar dengan mengetengahkan peminat astronomi muda yang digelar sebagai Sahabat Astronomi.

 Tujuan

Tujuan utama Hari Astronomi diadakan seperti Hari Astronomi lain yang diadakan di seluruh dunia untuk membolehkan idea dan kesedaran astronomi dikongsikan dengan harapan komuniti setempat terdedah kepada pengertian bahawa astronomi ini boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja dengan elemen keseronokan dan pembelajaran. 

Print Email