Program Sains Angkasa Cuti Sekolah XVII - Astro Challenge

Pengenalan
Program Sains Angkasa Cuti Sekolah XVII ini pada asalnya adalah sambutan Hari Astronomi Sedunia yang dicadangkan pada 25-26 Mei 2013. Oleh kerana terdapat beberapa kekangan, sambutan ini terpaksa dibatalkan dan diadakan pada skala kecil dan dijadikan sebagai program biasa yang kemudiannya dinamakan sebagai PSACSXVII - Astro Challenge

Kaedah
PSACSXVII kali ini tidak melibatkan sebarang kelas seperti PSACS biasa, dan hanya diadakan selama satu hari iaitu dari 9:00a.m sehingga 5:00p.m. Semua aktiviti akan diadakan di dalam bentuk pertandingan dan berikut adalah aktiviti yang akan dipertandingkan:

Nama aktiviti   Bilangan ahli
 Pertandingan roket air  3 orang

 

Pendaftaran
Pendaftaran akan diadakan secara online di http://www.planetarium-sarawak.org dan semua aktiviti terbuka secara berkumpulan. 

Pendaftaran akan dibuka seawal 15 Mei 2013 dan tempat adalah terhad.

Makanan dan minuman
Makanan dan minum akan disediakan untuk kudapan selain makan tengah hari dan minum petang juga disediakan.

Hadiah
Setiap pertandingan akan diberikan hadiah dari tempat pertama sehingga tempat ketiga sahaja selain cabutan bertuah untuk 20 orang akan diadakan di dalam dua sesi.

Borang kebenaran menyertai aktiviti
Sila klik pada tajuk untuk memuat turun borang kebenaran ibu bapa dan penjaga. Isi borang tersebut dan serahkan kepada urusetia pada hari aktiviti diadakan.

** Untuk menyertai PSACSXVII - Astro Challenge, anda dikehendaki klik pada tajuk PSACS yang ingin anda sertai anda mendaftar dalam borang secara online. 

Print Email