Jerayawara Sahabat Astronomi

Pengenalan

Semenjak Planetarium Sultan Iskandar ditubuhkan pada tahun 19 Januari 1989 dan setahun kemudiannya iaitu Persatuan Astronomi Sarawak, pelbagai aktiviti astronomi seperti cerapan, perkhemahan astronomi, pertunjukan planetarium, ceramah saintis dari luar negara telah diadakan.

Bagaimanapun, kebanyakan aktiviti ini telah bertumpu di kawasan bandar raya Kuching dan sekali-sekala membuat ekspedisi ke luar kawasan Bandaraya Kuching.

Menyedari akan kepentingan dan nilai strategik astronomi dan sains angkasa untuk masa depan negara, PSI dan SAS telah bertekad untuk mengumpul lebih dana dan memberi penekanan di dalam aktiviti yang pada satu ketika dahulu di adakan bermusim iaitu Jerayawara Sahabat Astronomi.

Objektif

  • Untuk memberi inspirasi kepada penduduk luar bandar akan kepentingan eksplorasi di dalam sains dan teknologi dan meluaskan horizon minda.
  • Untuk turut serta dengan pihak sekolah di dalam mendidik generasi muda akan kepentingan ilmu pengetahuan, khusus kepada sains dan astronomi melalui aktiviti praktikal sains.
  • Untuk mendedahkan dan mendekatkan pelajar bahawa sains dan teknologi boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, tidak kompleks, menyeronokkan malah ia boleh dipelajari melalui permainan bersama kawan-kawan dan keluarga.
  • Mendedahkan semangat sukarelawan untuk menyumbang kepada masyarakat khusus kepada fasilitator-fasilitator muda dari Persatuan Astronomi Sarawak.

Sasaran

Aktiviti pada siang hari disasarkan untuk pelajar dan guru sekolah manakala sebelah malamnya pula disasarkan juga untuk orang awam.

Kaedah

Melalui penganjuran program yang berbentuk taklimat ringkas dan hands-on.Senarai aktiviti (peratusan melalui masa yang diperuntukan): -

  • Taklimat ringkas mengenai langit malam dan kaitan astronomi dengan kehidupan seharian, bentuk Bumi dan graviti, pengenalan teleskop serta pengenalan teori roket (Pengajaran dan pembelajaran)
  • Membuat carta bintang, mencari buruj, permainan saiz dan jarak
  • Bumi dan tarikan graviti, teknologi augmented reality pelancaran roket air
  • Simulasi angkasa lepas melalui mini planetarium

Aktiviti

Pihak sekolah

  • Sasaran bilangan pelajar: 100-200 orang
  • Dewan
  • Sistem bunyi (dua mikrofon)
  • Projektor LCD/DLP
  • Papan putih untuk projeksi LCD
  • Gunting dan stapler

Pihak penganjur

  • Teleskop solar
  • Ipad/tablet
  • Planisfera
  • Peta Bintang
  • Fail video
  • Pelancar roket dan roket air
  • Teknologi Augmented Reality
  • Mini PSI (mini planetarium)

Cadangan Tentatif

Bil  Aktiviti 
 1.

Taklimat ringkas:

  1. Pengenalan astronomi
  2. Bumi kita
  3. Sistem Bumi bulat dan tarikan graviti
 2.

Pelbagai aktiviti praktikal

  1. Melakar buruj
  2. Membuat carta bintang
 3.
  1. Mencerap permukaan matahari menggunakan teleskop matahari
  2. Mencuba Augmented Reality Technology
  3. Mini PSI
  4. Melancarkan roket air
 4.

Sesi soal-jawab dan maklum balas

 

 

Print