Astronomy-X Challenge

 

Astronomy X Challenge

 

Latar belakang

Program ini adalah lanjutan dari Program Sains Angkasa Cuti Sekolah yang telah dijalankan semenjak tahun 2007. Lebih 1500 orang pelajar telah belajar astronomi melalui program tersebut dan mereka mempunyai latarbelakang yang berbeza seperti pelbagai kaum dan agama mahupun lokasi, walaupun tidak dinafikan kebanyakan peserta adalah dari kawasan Bandaraya Kuching.

Program ini adalah hasil dari maklumbalas dari program sebelum ini selain dari tinjauan yang diadakan melalui media sosial selama 3 bulan iaitu dari Disember 2013 sehingga Februari 2014.

Semua program yang telah diadakan semenjak tahun 2007 mendapat sokongan dan kebenaran dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

 

Pengenalan

Program ini adalah siri pertama yang menitik beratkan 5 domain di dalam sesuatu program cuti sekolah iaitu pembelajaran berkolaborasi, pengiraan matematik, seni, pembelajaran melalui soalan dan kerjasama kumpulan melalui aktiviti fizikal.

Program ini dihadkan kepada 10 orang bagi setiap sekolah dan untuk sekolah menengah sahaja berumur 13 sehingga 17 tahun. Program ini diadakan hanya melalui jemputan sekolah sahaja.

Pengisiannya memerlukan pengetahuan sains dan matematik sekurang-kurangnya dari Tingkatan 1.

Guru bertugas disediakan modul yang sama sebagai rujukan dan makan tengah hari berasingan disediakan .

 

Sasaran

Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3. Penyertaan melalui sekolah sahaja.

 

Bahan yang perlu dibawa oleh pelajar:

a. Set trigonometri

b. Kalkulator saintifik (memerlukan fungsi trigonometri)

c. Lampu suluh dan kain merah/plastik merah (untuk cerapan)

d. Set mewarna/kertas warna dan pelbagai bahan seni

e. Pakaian sukan/kasut sukan (untuk Astronomy X Challenges)

 

 

Kaedah

  1. Melainkan diberitahu, semua aktiviti berbentuk gamification di mana setiap aktiviti akan mempunyai markah masing-masing dan dijadikan kumpulan. Projek atau kerja yang diberikan hanya diselesaikan di dalam satu hari sahaja. Oleh itu, masa yang diperuntukan adalah terhad.
  2. Setiap ahli kumpulan mempunyai ahli yang dipilih secara rawak dan ahli didaftarkan namanya. Setiap kumpulan mempunyai nama masing-masing. Ketua kumpulan dilantik dan tugas utama ketua kumpulan adalah untuk i.memastikan penglibatan ahli ii. setiap ahli memberi kerjasama. iii. Memastikan suara ahli dimbil kira. Sijil penghargaan kepada ketua kumpulan akan diberikan.
  3. Kedatangan bagi SEMUA hari adalah diwajibkan. Sijil hanya diberikan kepada yang mempunyai kedatangan PENUH.
  4. Topik utama adalah fokus kepada bagaimana alam semesta dilihat dari Bumi dan bagaimana menggunakan cerapan mata kasar seperti saintis purba mengukur beberapa ciri yang ada pada Matahari, Bumi dan Bulan.
  5. Dua teleskop robotik, carta bintang, Starwalk pada ipad dan green laser pointer akan disediakan untuk membantu cerapan di Tebingan Kuching pada sebelah malam. Digalakkan membawa ahli keluarga dan rakan-rakan. Aktiviti ini akan dihebahkan melalui media massa dan sosial.  



Jadual

Jadual akan dikeluarkan di dalam kalendar aktiviti.

 

Kesimpulan

Adalah diharapkan pelajar dapat memanfaatkan aktiviti yang ditawarkan dan menghargai alam semesta dan peranan mereka sebagai seorang manusia selain daripada mendapat rakan-rakan dari sekolah baharu.  

Print Email