Program Sains Angkasa Cuti Sekolah
Pengenalan
Program Sains Angkasa Cuti Sekolah telah diperkenalkan pada 2007 sebagai salah satu aktiviti tahunan yang diadakan di Planetarium Sultan Iskandar pada musim cuti sekolah.
Setiap sesi musim cuti sekolah, PSACS yang diadakan selama 3 hari akan mempunyai tema-tema yang berkaitan dengan astronomi dan sains.
Peserta digalakan untuk menyertai setiap aktiviti diadakan yang melibatkan taklimat, aktiviti praktikal, projek dan juga permainan.
Dalam setiap aktiviti yang diadakan, peserta yang menyertai aktiviti akan dibahagikan kepada kumpulan masing-masing dan akan dibantu oleh fasilitator yang juga merupakan senior pernah menyertai PSACS.
Objektif
- Suai kenal dan meluaskan rangkaian pelajar antara sekolah
- Astronomi juga turut diterjemahkan ke dalam bentuk seni(taktil dan teatrikal)
- Meningkatkan keyakinan perkongsian ilmu dan pergaulan dengan orang awam
Sasaran
- Pelajar berumur 13 -21 tahun
- Maksimum 100 orang
Pendaftaran
Pendaftaran program akan dijalankan secara dalam talian (online) dan peserta digalakkan untuk mendaftar sendiri apabila pendaftaran dibuka.
Borang kelulusan penyertaan program juga akan dilampirkan bersama dan peserta wajib untuk memindah turun borang tersebut dan mendapatkan kelulusan daripada ibu, bapa atau penjaga untuk menyertai program. Borang tersebut dikehendaki diserahkan kepada pihak PSI pada hari program diadakan.
Yuran
- Percuma
- Makanan tengah hari akan disediakan oleh pihak PSI
Keperluan (Perlu disediakan oleh pelajar)
- Alatulis dan set trigonometri
- Gunting, gam, pewarna, alat lukis, kertas pelbagai warna dan selotap
- Kamera dan komputer riba digalakkan (sekiranya ada)
- Pakaian sukan untuk aktiviti Astrorace
- Botol minuman (air kosong akan disediakan secara percuma)
- Keperluan tambahan akan diumumkan dari masa ke masa dalam kalendar aktiviti
Jadual Program
Sila rujuk kalendar untuk mendapatkan jadual terkini.