Sila buat tempahan lawatan ke Planetarium Sultan Iskandar melalui borang dalam talian ini. Kami akan menghubungi anda bagi membuat pengesahan dan akan mencadangkan tarikh sesuai sekiranya tarikh yang dipilih sudah diisi oleh tempahan lain.
Tempahan adalah berdasarkan jumlah tempat duduk yang ada di dalam teater Planetarium. Sila masukkan jumlah Pelajar/Kanak-Kanak dan Guru/Pengiring yang akan menyaksikan pertunjukan semasa membuat tempahan. Jumlah keseluruhan tempat duduk di dalam teater adalah 81 kerusi. Bagi sekolah yang menempah melebih 81 orang, dinasihatkan agar para pelajar untuk duduk di atas lantai untuk menampung jumlah yang ramai.
Tiket bagi pelajar adalah RM1.00 dan dewasa RM2.00. Pengecualian Tiket hanya dikenakan bagi golongan kelainan upaya. Tiket boleh dibeli di kaunter tiket Planetarium Sultan Iskandar dan bayaran secara TUNAI sahaja diterima.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 082-251275/011-12034652 atau faks 082-258059. Terima kasih.