Latihan Industri

Planetarium Sultan Iskandar, Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak menawarkan tempat bagi pelajar-pelajar institut pengajian tinggi untuk menjalankan program latihan industri. Melalui program ini, kami menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan apa yang telah dibelajar dan mengembangkan lagi pengetahuan selaras dengan pengalaman semasa bekerja.

Keperluan calon:

  • Rakyat Malaysia yang belajar di institut pengajian tinggi awam atau swasta
  • Pelajar yang belajar dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti teknologi maklumat, sains dan sains sosial.

Prosedur permohonan

Pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti program latihan industri dikehendaki mengemukakan borang-borang berikut;

  • Curriculum Vitae
  • Salinan transkrip keputusan terkini
  • Surat permohonan latihan industri yang dikeluarkan oleh pihak universiti

 

Dokumen permohonan boleh dihantar sama ada dengan menggunakan

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

atau

Alamat surat-menyurat

Planetarium Sultan Iskandar
Kementerian Sains, Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi
Jalan Taman Budaya
93000 Kuching,
Sarawak.

Print