PSI terletak bersebelahan dengan Dewan Suarah Kuching, bertentangan dengan Kelab Sarawak.
Kenderaan Awam
Malangnya tiada kenderaan awam yang melalui berdekatan dengan PSI, namun terdapat perhentian bas yang berdekatan Jalan Tun Abang Haji Openg.
Tempat Letak Kereta
Terdapat banyak tempat letak kereta secara percuma terletak di belakang Dewan Suarah Kuching dan anda hanya perlu berjalan beberapa minit untuk ke Teater PSI. Teater PSI terletak di bahagian atas deretan kantin, bangunan yang berbentuk kubah.
Tempat Letak Bas
Bas sekolah atau bas catar digalakkan untuk meletakkan kenderaan masing-masing di bahagian belakang Dewan Suarah Negeri memandangkan ruang tempat adalah luas. Untuk maklumat lanjut tentang tempat letak kenderaan di PSI, sila hubungi talian 082-251275.
Planetarium Sultan Iskandar,
Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak
Jalan Taman Budaya,
93000, Kuching, Sarawak.
Tel: 082-251275
Fax: 082-258059
Emel: psi[at]planetarium-sarawak.org