04 Dec2012
Lawatan Kumpulan
Sekiranya sekolah, universiti, badan kerajaan atau swasta ingin membuat lawatan di Planetarium Sultan Iskandar, anda boleh memilih dua jenis lawatan yang disediakan iaitu lawatan tayangan dengan aktiviti atau lawatan tayangan sahaja.
Bagi lawatan tayangan dengan aktiviti, ia hanya diadakan pada sebelah pagi sahaja dari jam 8.45 - 10.15 sahaja. Dalam program ini, selain menonton tayangan, anda juga akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan sesuai dengan kategori umur.
Anda boleh menghantar borang secara online agar proses tempahan anda dapat dilakukan dengan cepat.