psi logo new

Program Jerayawara Angkasa 2015

Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka UNIMAS sesi 2015 telah mengadakan Program Cempaka Festival 2015 dari 28 November sehingga 5 Disember 2015. Pelbagai program telah dirancang bagi memeriahkan program ini dan antaranya adalah Program Jerayawara Angkasa 2015 yang diadakan di Planetarium Sultan iskandar pada 5 Disember.


Program ini merupakan program yang memperkenalkan dunia sains astronomi kepada mahasiswa khususnya peserta program tersebut. Selain itu, program ini diharap dapat memupuk minat mahasiswa terhadap ilmu astronomi dan mengaplikasikan ilmu tersebut di dalam kehidupan seharian.


Seramai 70 orang pelajar dari pelbagai tahun telah menyertai program tersebut. Fasilitator untuk program ini adalah didatangkan khas dari Sahabat Astronomi. Mereka ini adalah bekas pelajar yang pernah menyertai program anjuran Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS). Mereka berpengalaman menjadi fasilitator kepada pelbagai program anjuran PSI dan SAS hampir sedekad yang lepas.

Tags: jerayawara, , unimas, , planetarium sultan iskandar, persatuan astronomi sarawak

Print Email