psi logo new

Berita Space Scoop: Berapa lama bintang hidup?

">

Setelah kita ketahui bahawa planet, bulan, asteroid dan objek lain di Sistem Suria bergerak mengelilingi Matahari dalam orbit rata seperti gerakan sebuah cakera atau CD yang berputar. Namun, adakah hal yang sama juga berlaku di Sistem Suria lain di alam semesta?

Pada 25 Julai 2014, 1811 planet telah ditemui yang mengelilingi bintang jauh, dan sebahagian besar planet ini mengelilingi bintang induk dalam orbit berbentuk piring biarpun terdapat pengecualian.

Terdapat sebahagian planet dijumpai mengelilingi bintang induk dalam jalur yang aneh dan condong. Namun sekarang ini kita selangkah lebih dekat untuk memahami sistem yang aneh dan condong tersebut.

Berbeza dengan Matahari yang merupakan bintang tunggal. Sebahagian besar bintang terbentuk dalam sistem berpasangan - dimana ada dua bintang yang mengelilingi satu sama lain. Dengan menggunakan teleskop ALMA, para astronomi baru-baru ini berjaya melihat dua gas cakera pembentuk planet yang kedudukannya condong dan bergerak liar sedang mengelilingi bintang muda di sistem bernama HK Tauri.

Kedua-dua gas cakera membentuk planet tersebut yang masing-masing mengelilingi sebuah bintang adalah hampir condong ke sudut tepat antara satu sama lain.Gambar ini menunjukkan hasil ilustrasi untuk menggambarkan sistem yang baru dijumpai tersebut. Mengapakah gas cakera pembentuk planet di sistem HK Tauri kelihatan begitu condong?

Ini kerana kedua-dua bintang pada sistem bintang berganda dan piringnya tidak begitu sejajar. Akibatnya, tarikan graviti salah satu bintang menarik cakera lain sehingga menyebabkan cakera tersebut bergoyang. Planet yang terbentuk dalam salah satu cakera tersebut juga akan mengalami gangguan oleh graviti bintang lain sehingga orbitnya akan condong.

Berapa lamakah bintang boleh hidup? Jawapannya bintang hidup dalam jangka masa yang berbeza dan bergantung kepada saiz mereka.

Bayangkan betapa anehnya jika anggota keluarga anda yang berumur pada kadar yang berbeza. Jika abang atau kakak anda kelihatan seperti mereka berumur 70 tahun, tetapi nenek anda kelihatan seperti seawal usia remaja.

Ini akan menjadi sangat luar biasa bagi manusia tetapi ia adalah perkara biasa untuk bintang. Semua bintang menjadi tua dengan tahap yang berbeza-beza,bergantung pada saiz bintang itu ketika baru dilahirkan.

Bintang-bintang dalam gambar ini merupakan sebahagian daripada kelompok bintang terbuka yang dikenali sebagai NGC 3293, yang mengandungi sekitar 50 bintang yang dilahirkan dalam waktu yang hampir sama.

Kelompok itu sendiri berusia kurang dari 10 juta tahun. Berusia seperti bayi jika dibandingkan dalam skala kosmik. Bandingkan sahaja dengan Matahari kita yang berumur 4.6 bilion tahun dan hanya berada di tengah-tengah hayatnya. Setiap bintang dalam kelompok ini adalah lebih besar daripada Matahari kita.

Sebagai contoh, ambil bintang terbesar berwarna oren di sebelah kanan bawah gambar ini adalah sebuah bintang raksasa merah dan saiz sekitar 6.5 kali saiz Matahari.

Bintang raksasa merah adalah bintang yang sudah berada di akhir kehidupannya, walaupun usianya lebih muda daripada usia Matahari kita. Biarpun semua bintang dalam kelompok ini dianggap terbentuk pada waktu yang sama, ia sangat menarik apabila bintang tersebut kelihatan telah melalui fasa hayatnya lebih cepat daripada adik-beradik muda yang berwarna biru.

Alasannya bintang ini mengalami proses penuaan yang cepat berbanding bintang lain disebabkan ia lebih besar dan lebih panas daripada bintang-bintang lainnya. Ini bermakna bintang tersebut akan bersinar lebih terang dan membakar bahan bakarnya lebih cepat daripada kelompok adik-beradiknya.

Anda mungkin sudah tahu bahawa bahan yang membentuk alam semesta ini adalah daripada perut bintang besar. Namun, bagaimanakan kita mengetahuinya kerana kita tidak dapat menghantar alat untuk menyiasatnya disebabkan tiada peralatan yang dihasilkan di bumi yang dapat bertahan suhu panas di dalam bintang.

Apabila ia berlaku, isi bintang itu akan terburai ke angkasa dan letupan supernova ini juga menghasilkan elemen-elemen seperti emas, titanium dan uranium yang cahayanya boleh mengalahkan sebuah galaksi pada tempoh pendek.

Gambar menunjukkan kesan-kesan bintang yang meletup - yang digelar sisa supernova. Gambar-gambar tersebut telah dikeluarkan oleh Chandra X-ray Observatory milik Nasa bagi meraikan ulang tahun ke-15 teleskop itu.

Teleskop Chandra direka cipta khusus untuk melihat sinar-X yang berasal dari tempat-tempat dan objek-objek yang sangat panas di alam semesta, termasuk bintang yang meletup.

Disebabkan letupkan ini menghasilkan sisa-sisa yang sangat pansa, kita dapat melihat cahaya sinar-Xnya melalui teleskop tersebut.

Disebabkan atmosfera bumi menghalang sinar-x dari ruang angkasa, teleskop Chandra terpaksa mengorbit tinggi di luar Bumi. Ia kini berada dalam ketinggian 140,000 km dari bumi.

Dari kedudukan ini, teleskop Chandra boleh menghasilkan gambar sinar-x yang amat jelas, membantu kita untuk mengkaji bentuk, pergerakan dan unsur-unsur kimia sisa supernova itu.

Dari kiri ke kanan adalah Crab Nebula, G292.0+1.8, Tycho's Supernova dan di bahagian bawah adalah 3C58.

Terima kasih kerana bersama saya dalam Berita Space Scoop ini. Terima kasih juga kepada EU Universe Awareness kerana memberikan sumbangan berita kepada kami.

Untuk mengikuti lebih banyak lagi berita dan maklumat tentang astronomi, jangan lupa untuk tekan butang subscribe pada pautan yang disediakan.

Sehingga ini, jumpa lagi.

PrintEmail