Berita Space Scoop: Misteri Kosmik Magnet

Bima Sakti adalah galaksi tempat tinggal kita. Ia merupakan kumpulan berbilion-bilion bintang panas, planet, dan gas kosmik.

Jika anda bertuah untuk menikmati langit yang gelap, jauh dari pencemaran cahaya dari bandar, anda akan melihat kemegahan buruj Bima Sakti yang menyeluruh di langit malam.

Dari Bumi, galaksi Bima Sakti kelihatan seperti berwarna kuning lembut yang samar.

Rumpun cahaya kuning tersebut sebenarnya merupakan kumpulan ribuan bintang kelihatan satu bintang besar. Meskipun mata tidak dapat memisahkannya, namun kita dapat melihatnya dengan menggunakan teleskop!

Gambar ini menunjukkan potongan Galaksi Bima Sakti yang mengandungi ratusan gugusan bintang muda yang kelihatan berdekatan antara satu sama lain.

Dengan mengkaji gugus bintang tersebut dan yang sama di lokasi lain di Bima Sakti, ahli astronomi akan dapat belajar dengan lebih lanjut tentang Bima Sakti dan bagaimana bintang boleh terbentuk.

Buat masa kini, kita mengetahui Bima Sakti memiliki bentuk spiral atau pilin, yang terdiri daripada empat lengan melengkung yang panjang diperbuat daripada gas, debu dan bintang. Kelompok bintang ini terletak di lengan Carina-Sagittarius, gelaran diberikan selepas dua buruj iaitu buruj Carina dan buruj Sagittarius.

Alam semesta ini sangatlah luas dan penuh dengan objek-objek misteri yang tidak terhingga banyaknya.

Jadi, tidaklah hairanlah kalau kita sering menemui sesuatu yang baru di alam semesta.

Namun, minggu ini terdapat penemuan yang dapat menyelesaikan misteri yang telah wujud selama 35 tahun iaitu misteri solitary magnetar.

Setiap bintang yang mati akan mewujudkan objek baru yang eksotik.

Jenis objek yang muncul tergantung pada ukuran bintang asal. Misalnya, jika bintang lebih dari 30 kali ganda lebih besar daripada Matahari, ia akan mati menjadi 'Black Hole'.

Namun, tiga tahun lalu ahli astronomi menemui sisa-sisa bintang 40 kali ganda lebih besar dari Matahari. Anehnya, apa yang mereka temui bukan 'Black Hole', tapi ia adalah magnetar.

Magnetar adalah objek yang dianggap aneh, bahkan dalam standard ahli astronomi, terutama dari segi saiz dan beratnya. Besar magnetar tidaklah sebesar bandar tetapi beratnya pula lebih dari matahari.

Magnetar juga berputar sangat cepat dan mempunyai magnet yang sangat kuat!

Ada yang lebih aneh lagi dari magnetar ialah magnetar yang bersendirian.

Magnetar terbentuk dari interaksi antara dua bintang bersendirian, ini bererti magnetar memerlukan pasangan untuk wujud.

Namun, magnetar ini ditemui melayang-layang di angkasa secara bersendirian.

Ahli astronomi percaya sebelum bintang gergasi itu menjadi black hole, bintang pasangannya mengambil sebahagian daripada materialnya. Bintang tersebut mengambil material dari bintang besar. Pasangan bintang itu mengambil material bintang tersebut untuk membentuk black hole sehingga ia meletup dan menghasilkan magnetar.

Para ahli astronomi percaya sebuah bintang membantu dalam mewujudkan magnetar misteri sebelum ia dikeluarkan dari tempat letusan kosmik, apabila magnetar meletup. Dengan itu, pencarian bermula untuk mencari bintang pasangan yang telah hilang.

Setelah bertahun-tahun mencari, minggu ini ahli astronomi mengumumkan bahawa mereka telah menemui bintang itu.

Dengan mengetahui lokasi bintang itu, ahli astronomi telah mempunyai bukti menyokong teori pembentukan magnetar.

Dengan menggunakan Very Large Telescope di Chile, ahli astronomi telah berjaya mengambil gambar yang kelihatan seperti cincin pertunangan!

Ia merupakan nebula planet yang dikenali sebagai Abell 33. Nebula planet itu wujud apabila bintang yang sudah tua meletupkan bahagian luar yang terdiri daripada gas dalam bebola kosmik gergasi.

Apa yang peliknya, Abell 33 kelihatan seperti bulatan sempurna di langit. Amat jarang untuk menemui objek bulat sempurna kerana kadangkala ada sesuatu yang mengganggunya dan menyebabkan nebula berubah menjadi bentuk pelik.

Mewujudkan ilusi cincin kosmik adalah bintang cerah di tepi nebula itu. Secara realiti, bintang itu terletak lebih dekat dengan bumi berbanding nebula itu.

Ia terletak kira-kira 700 tahun cahaya iaitu separuh antara bumi dan nebula itu. Bagaimanapun, peluang untuk mendapatkan gambar menarik itu

Di pusat cincin itu, anda dapat melihat sisa bintang yang mewujudkan nebula planet itu, yang kini menjadi bintang kredil putih.

Kelihatan seperti mutiara putih kecil, bintang ini masih kelihatan terang, lebih terang berbanding bintang kita dan cahayanya terang untuk mewujudkan bebola cahaya gas.

Apa yang menarik adalah bintang kerdil kecil akan terbentuk dari teras karbon kristal sama seperti berlian.

Seperti juga manusia, bintang juga dilahirkan, menjadi tua dan akan mati.

Bintang kecil dan bersaiz sederhana, seperti diketahui dilahirkan dalam awan besar yang terdiri daripada debu gas dan kosmik sejuk yang dikenali sebagai nebula.

Kadangkala, ada sesuatu yang mengganggu gas dalam awan ini. Contohnya, tarikan graviti bintang yang melalui kawasan itu atau letupan besar bintang yang mati.

Pergerakan itu boleh menyebabkan keruntuhan awan yang akan mengecut di bawah tarikan gravitinya.

Apabila awan itu menjadi kecil, ia akan menggumpal. Gumpalan itu menjadi padat sehingga menyebabkannya panas sehingga ia akan terbakar di terasnya.

Apabila suhu teras mencapai 10 juta darjah, gumpalan itu secara rasminya menjadi bintang baru.

Kita tahu bahawa inilah bagaimana bintang bersaiz kecil dan sederhana terbentuk. Tetapi bagaimanakah pula dengan bintang gergasi?

Saintis dari Jepun telah berusaha mencari jawapan kepada persoalan ini.

Dengan bantuan teleskop paling berkuasa dunia, saintis berupaya melihat ke dalam awan gas besar galaksi kita yang kita tahu mengandungi bintang gergasi.

Dan... mereka telah menemui sesuatu yang menarik iaitu bintang gergasi kecil yang mempunyai cakera debu di sekelilingnya, sama seperti cincin ais yang mengelilingi planet Zuhal.

Apabila bintang bersaiz kecil dan medium dilahirkan, mana-mana serpihan gas membentuk cakera di sekeliling bintang baru.

Dari cakera gas dan debu ini akan membentuk planet. Jadi, cakera debu yang ditemui oleh saintis Jepun mencadangkan bahawa pembentukan bintang gergasi sama seperti pembentukan bintang kecil, sapa seperti kelahiran matahari kita.

Terima kasih kerana bersama saya dalam Berita Space Scoop ini. Terima kasih juga kepada EU Universe Awareness kerana memberikan sumbangan berita.

Untuk mengikuti lebih banyak lagi berita dan maklumat tentang astronomi dari Planetarium Sultan Iskandar, jangan lupa untuk tekan butang subscribe pada pautan yang disediakan.

Sehingga ini, jumpa lagi.

Print