Deprecated: Methods with the same name as their class will not be constructors in a future version of PHP; plgContentMyFlickr has a deprecated constructor in /home/planetar/public_html/psi3/plugins/content/myFlickr/myFlickr.php on line 18

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/planetar/public_html/psi3/components/com_fsf/helper/glossary.php on line 164

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/planetar/public_html/psi3/components/com_fsf/helper/glossary.php on line 241

CERAPAN GERHANA MATAHARI ANULUS (CINCIN) DI SERIAN

Planetarium Sultan Iskandar akan mengadakan program cerapan Gerhana Matahari Anulus Peringkat Bahagian Serian pada Khamis, 26 Disember 2019 bermula jam 10 pagi. 

Program cerapan yang diadakan dengan kerjasama Planetarium Negara dan Pejabat Residen Serian bersama-sama agensi-agensi tempatan ini merupakan program sempena fenomena Gerhana Matahari Anulus ataupun cincin yang hanya dapat dilihat secara sepenuhnya di beberapa lokasi di Malaysia seperti Bahagian Serian dan juga Tanjung Piai Johor. 

Kemuncak Gerhana Anulus akan berlaku bermula 1.46 petang hingga 1.50 petang. Ia digelar Gerhana Matahari Anulus disebabkan bentuk cincin akan kelihatan apabila bulan berada di antara bumi dan matahari secara sepenuhnya. Bagaimanapun, fenomena ini akan bermula seawal 10.30 pagi hingga 3.30 petang. 

Sehubungan itu, Planetarium Sultan Iskandar dan Planetarium Negara akan mengadakan cerapan awam di dataran LePaPa Hypermart pada 26 Disember 2019  bagi membolehkan orang awam untuk menyaksikan fenomena ini yang jarang berlaku di kawasan ini. 

Pada hari tersebut, pihak planetarium akan mengedarkan cermin mata khas bagi membolehkan orang ramai untuk melihat gerhana matahari dengan selamat, selain turut diadakan aktiviti membuat kamera lubang jarum serta disediakan beberapa teleskop bagi cerapan. 

Turut diadakan juga lintas langsung Gerhana Matahari Anulus yang berlaku di Tanjung Piai, Johor serta fenomena gerhana Matahari ini juga dapat disaksikan melalui laman web Planetarium Negara serta media-media sosial. 

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melihat fenomena gerhana Matahari Anulus ini dengan menggunakan mata kasar kerana ia boleh menyebabkan buta kekal. Cermin mata khas akan diedarkan secara percuma dan teleskop disediakan bagi membolehkan aktiviti cerapan dilakukan dengan selamat. 

Gerhana Matahari Anulus yang terakhir berlaku dan boleh dilihat di Malaysia adalah 21 tahun lalu pada 22 Ogos 1998 yang boleh disaksikan di Mersing, Johor dan sekiranya tidak berpeluang untuk melihat gerhana ini, kita harus menunggu 22 tahun lagi. 

 

Print