'Larry Cat In Space' tayangan digital animasi tahun 2014.


Kuching, 18 Februari 2014 - Tayangan digital “Larry Cat Space” sekali lagi menemui penonton yang berkunjung ke Planetarium Sultan Iskandar untuk kali yang kedua pada tahun 2014 ini. Pertunjukan ini mula beroperasi di Planetarium Sultan Iskandar sekitar tahun 2009 yang lalu.   Ia adalah merupakan tayangan animasi yang mengisahkan tentang seekor kucing yang bernama Larry  yang begitu disayangi oleh tuannya dan Larry juga menyayangi tuannya sehingga tidak mahu berpisah dengannya.

lcs_dropin_3.jpg

Bagaimanapun tuannya terpaksa bekerja di bulan dan ini menyebabkan Larry berasa sedih.Kesedihannya telah bertukar menjadi marah dan kemarahannya telah dihalakan ke arah bulankerana telah menyebabkan dia kehilangannya. Namun Larry mempunyai rancangan sendiri ke bulan untuk bertemu dengan tuannya dan mempunyai rancangan supaya dia boleh terus tinggal di tempat tersebut. Bagaimanakah kisah pengembaraan Larry seterusnya?Persoalan penceritaan ini akan terjawab setelah penonton menyaksikan penayangan ini selama 30 minit sahaja. Kebanyakan daripada penonton telah memberi maklumbalas yang begitu positif bukan sahaja daripada kalangan kanak-kanak tetapi juga daripada pelbagai peringkat umur. 

 Pertunjukan ini boleh disaksikan setiap hari iaitu dari jam 11.15 pagi dan 3.00 petang manakala untuk sabtu dan ahad adalah pada jam 12.00 tengahari. Animasi ini bukan sahaja menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak mereka yang menonton tetapi juga dapat menimba ilmu dengan mempelajari sesuatu yang berkaitan dengan planet kita iaitu bulan. 

Print Email