psi logo new

Jerayawara Sarikei dan Sibu 2014

 

14789252179_45d5651d1a_z.jpg

 

Sibu, 12-14 Ogos 2014 – Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak sekali lagi telah membuka tirai untuk Program Jerayawara Sahabat Astronomi pada tahun 2014 kali ini. Jelajah jerayawara pada kali ini pula telah di taja oleh Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) sebagai penaja utama dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) .

Sekolah-sekolahyang terlibat untuk program Jerayawara pada kali ini adalah SK Sg Sebintek, SK Sg Nibong dan SK Ulu Sg Salim. Seramai 175 orang murid beserta guru dan ibu bapa telah terlibat dalam program jerayawara pada kali ini. SK Ulu Sg Sengan telah menjadi tuan rumah bagi sekolah-sekolah tersebut. Sk Ulu Sg Sengan ini terletak di perkampungan rumah panjang seperti RH Suhan, RH Lubau dan RH Sawai  Bukan sahaja di Sibu, Krew Sahabat Astronomi turut berpeluang menjelajah ke sekolah-sekolah di Nanga Pakan, Julau, Sarikei. Seramai 340 murid dan guru yang terlibat di sekolah Sarikei pada kali ini. Manakala untuk sekolah ST. Andrew pula adalah seramai 140 orang murid beserta guru.

Sasaran program jerayawara kali ini merupakan murid - murid dari kalangan tahun 3 sehingga tahun 5.Untuk sesi interaktif aktiviti pada kali ini  adalah membuat dan menggunakan carta bintang, mencari dan melakar buruj,, selain konsep bentuk muka bumi dan tarikan graviti. Murid-murid, ibu bapa dan guru turut serta dalam melancar roket air dan menyaksikan tayangan Mini Planetarium Sultan Iskandar.Kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila kedatangan krew Planetarium Sultan Iskandar adalah disambut dengan kemeriahan dan ucapan terima kasih daripada anak-anak kecil membuatkan kami berasa sungguh terharu. 

Gambar-gambar lain boleh dilihat di sini

SK St Andrew

SK Ulu Sg Sengan

SK Nanga Pakan, Julau

 

PrintEmail