psi logo new

Langit Malam Ogos

 

Pada 4 Ogos pada jam 7:22 malam, Bulan berada pada kedudukan yang sungguh rapat dengan planet Zuhal dan bagi kawasan di sebelah selatan, Australia sebagai contoh, Bulan akan menutup sebahagian dari planet tersebut.

Pada 11 Ogos pada jam 2 pagi pula, Bulan akan berada pada kedudukan yang paling dekat di dalam setahun dengan Bumi iaitu pada jarak 356,896 km. Kira-kira 9 minit kemudiannya, iaitu pada jam 2:09 pagi, Bumi akan mencapai fasa Bulan penuh. Fenomena ini dipanggil supermooon kerana bulan akan nampak lebih besar dari biasa.

Pada 11 dan 12 Ogos juga, hujan Meteor Perseids akan berlaku. Hujan meteor yang dipanggil Perseids ini selalunya akan menghidangkan kira-kira 60 meteor sejam dan berpusat pada buruj Perseid, tapi meteor juga boleh muncul dari mana-mana bahagian langit.

Bagaimanapun bulan berbentuk gibbous akan muncul juga selepas tengah malam dan anda tidak akan berupaya untuk melihat hujan meteor di langit.

Tetapi seperti tahun-tahun yang lepas, meteor yang muncul adalah sangat cerah. Dengan itu, kemunculan tidak akan mengganggu pengalaman anda untuk melihat hujan meteor itu. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mencari buruj Perseid, apa yang perlu anda lakukan adalah untuk memandang ke arah utara.

Pada 17 Ogos, pada jam 8 malam bulan akan mencapai suku terakhir.

Pada 18 Ogos, planet Zuhrah dan Musytari berada berdekatan antara satu sama lain atau digelar sebagai planetary conjunction, iaitu hanya suku darjah, kira-kira separuh saiz bulan penuh.

Pemandangan ini dapat dilihat pada waktu subuh dan semasa cahaya fajar sudah mula dilihat. Cara mudah untuk melihatnya adalah anda perlu melihat pada sebelah arah matahari terbit. Ini adalah pemandangan yang sungguh indah dan jangan lupa untuk mengambil gambar planetary conjunction tersebut.

Pada 25 Ogos, pada jam 9:13 malam, anak bulan akan muncul pada malam itu.

Sepanjang bulan Ogos ini, Buruj yang paling senang untuk dicari adalah buruj Scorpio kerana ia sudah terbit tinggi di langit sebelah selatan. Selain itu, dua buah planet yang dapat dilihat dan rapat kedudukannya adalah Planet Musytari dan Planet Marikh berdekatan di dalam buruj Libra.

PrintEmail