psi logo new

Pameran PSI di Majlis Konvokesyen IKMAS

 

 

 

 Kuching, 3 September 2014 - Sempena Majlis Konvokesyen Yang ke-12 di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Planetarium Sultan Iskandar telah mengadakan pameran selama 2 hari bermula pada 1 September sehingga 2 September 2014. IKMAS merupakan pusat Institusi pengajian tinggi (IPT) bagi  pilihan pelajar yang ingin mendalami ilmu berkaitan keagamaan bertempat di Telaga Air Kuching.

Seramai 110 orang pengunjung yang telah datang ke pameran PSI  dan kebanyakan daripada mereka adalah daripada kalangan pelajar,ibu bapa  dan kakitangan yang bertugas di IKMAS pada hari tersebut. 

Majlis perasmian konvokesyen adalah bermula pada 2 September 2014 dan telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Aktiviti yang menjadi tarikan pengunjung adalah Leap Motiondengan perisian 'Solar Walk' yang menggunakan kawalan simulasi menggunakan imbasan tangan, membuat dan menggunakan carta bintang, sesi cerapan matahari dengan menggunakan Teleskop Coronado, Augumented Reality (AR) dan penggunaan aplikasi Stellarium, sesi soal jawab astrokuiz dan cabutan bertuah juga turut diadakan. 

Dengan penyertaan PSI kali ini akan dapat mendekatkan lagi pengunjung untuk mengetahui dan menyebarkan ilmu astronomi di kalangan pelajar-pelajar IKMAS. 

 

 

Print Email