psi logo new

Program Astronomy4U 2015 bersama pelajar-pelajar UITM

 

 

Kuching, 24 Januari 2015 – Pada sabtu yang lalu, pelajar-pelajar daripada Akademi Pengajian Bahasa dari Universiti  Institut Teknologi Mara Sarawak ( UITM) telah menyertai Program Astronomy4U yang dianjurkan oleh Planetarium Sultan Iskandar untuk program permulaan tahun 2015 kali ini. Program ini diadakan bertempat di Teater Planetarium Sultan Iskandar yang disertai seramai 68 orang pelajar termasuk dua orang guru pengiring. Sesi pendaftaran para peserta bermula pada pukul 9.30 pagi.

Beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program adalah seperti  demontrasi memahami langit malam dengan menggunakan stellarium  dan mereka juga turut diberi peluang untuk membuat dan memahami planisfera serta membuat SMD ( Solar Motion Demontrator) dan memahami pergerakan matahari dalam setahun. Manakala pada sebelah petang pula, aktiviti mencerap matahari dengan menggunakan teleskop Coronado  terpaksa dibatalkan berikutan cuaca yang masih mendung.  Oleh itu, aktiviti cerapan matahari bertukar kepada aktiviti  pertandingan kuiz astronomi dimana para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang daripada setiap kumpulan bagi mewakili kumpulan masing-masing untuk menjawab soalan yang diajukan oleh kurator. Keadaan di dalam teater  pada mulanya kelihatan muram seketika  bertukar menjadi  bising dengan gelak ketawa dan jeritan para peserta semasa sesi kuiz astronomi berlangsung.

Selain daripada itu, setiap daripada kumpulan telah  diberikan tugasan untuk menyiapkan projek  ‘Puppet Astronomy’ dan sesi perbentangan projek di akhir program.  Mengikut Keseluruhan markah yang telah dinilai oleh pihak juri,  kumpulan yang telah memenangi tempat  pertama telah disandang oleh kumpulan Stellar manakala tempat kedua adalah kumpulan Arcturus dan tempat ketiga adalah kumpulan  Venus. Selain daripada hadiah, para peserta  turut membawa pulang sijil penyertaan dan pemberian wristband sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan daripada pihak penganjur program pada kali ini.

 Untuk melihat beberapa gambar-gambar menarik sepanjang program Astronomy4U sila klik disini.

 

Print Email