Pameran PSI dan Cerapan Langit Malam.

 

11029500_927191897314498_5772579218552038934_o.jpg

 

Kuching, 28 Februari 2015 - Planetarium Sultan Iskandar telah dijemput untuk mengadakan Pameran bersempena dengan  ‘Singgah lok  Fiesta Kamek  1 Sarawak’ anjuran Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak bertempat di perkarangan Taman Le’Park Kuching.  Seramai 150 orang pengunjung yang telah datang melawat ke tapak pameran kami pada hari tersebut. Berikutan cuaca yang tidak begitu baik maka sesi cerapan matahari dengan menggunakan Teleskop Coronado terpaksa dibatalkan. Walaubagaimanapun,  pengunjung tetap teruja  dan seronok melihat teleskop  Meade 8 dan Bushnell  yang juga turut di pamerkan pada hari tersebut. Selain daripada itu, aktiviti lain seperti Augmented Reality, demostrasi Orrery, dan cara menggunakan carta bintang  sedikit sebanyak dapat menarik minat serta berkongsi ilmu hal berkaitan astronomi .  

 

10407537_926279580739063_4434035389932192017_n.jpg10923511_926279730739048_7090240101749345982_n.jpg

 

Pada sebelah malam pula, kami juga turut mengadakan  Cerapan Awam  bertempat di Tebingan Kuching Waterfront.  Seramai 120 orang pengunjung yang telah datang untuk  menyaksikan dua objek  yang berada di langit iaitu planet musytari dan bulan seperti yang telah diwar-warkan melalui media sosial iaitu facebook dan twitter sebelum  hari cerapan diadakan. Pada kali ini, kami telah bernasib baik kerana cuaca pada malam itu sangat baik untuk kami mengadakan cerapan bagi orang awam.  Kami telah menyediakan dua teleskop iaitu Teleskop Meade 8  bagi melihat planet Musytari  dan  Teleskop Bushnell untuk melihat permukaan bulan.   Walaupun awan kadang – kadang melindungi bulan tapi selepas itu bulan kelihatan sepenuhnya. Namun ramai pengunjung yang berpuashati dan begitu teruja kerana berpulang melihat objek di langit dengan lebih dekat pada ketika itu. Para pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan umur, bangsa dan negara. Kebanyakan daripada mereka memberi maklumbalas yang positif dan meminta supaya kami mengadakan cerapan seperti ini lagi. 

Print Email