Aku dan Bintang

Story

AKU DAN BINTANG adalah pertunjukan kedua yang disasarkan untuk mereka yang ingin tahu tentang angkasa di langit malam.
Tujuan utama pertunjukan ini untuk mengajak pelawat menikmati keindahan langit malam yang penuh dengan bintang dalam keadaan santai.
Unsur-unsur ceria diselitkan melalui muzik latar belakang yang menarik perhatian dengan suara latar yang diketengahkan dalam penyampaian.
Persembahan dimulakan dengan terbenamnya matahari dan kemunculan bintang-bintang,  kedudukan buruj-buruj di langit dan bagaimana menggunakannya turut dipelbagaikan.
Mitos mengenainya juga turut
diketengahkan sebelum pelawat
dibawa mengembara jauh melawat semua planet yang terdapat
dalam sistem suria.
Pertunjukan kemudiannya diakhiri dengan pemandangan sistem suria dari pinggir.
Akhir sekali, dengan kepelbagaian objek angkasa ini dan kewujudan manusia di bumi, ia membawa maksud bahawa kewujudan manusia ini adalah bukan penyebab penciptaan alam semesta.
Pertunjukan ini walaupun di-tulis atas landasan pengembaraan perasaan ceria, ia diselitkan dengan elemen maklumat saintiļ¬k dan keagungan kewujudan pencipta.
Ia mengajak pelawat untuk terus bersama-sama menuntut ilmu dengan menyertai pelbagai program, dalam kes ini adalah ilmu yang berkaitan dengan sains angkasa.