The Deep Impact

Story

Pertunjukan “The Deep Impact” ini merupakan pertunjukan Planetarium Sultan Iskandar yang pertama semenjak ‘Rendezvous With The Giant Planets’ yang telah ditayangkan semenjak tahun 1991.
Hanya selepas 15 tahun, barulah pertunjukan Planetarium diperbaharui. Pertunjukan Planetarium selama 25 minit ini dibuat khas untuk memberikan kesedaran kepada pengunjung bahawa selain ancaman semula jadi di Bumi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan sebagainya, terdapat  ancaman paling besar yang boleh menyebabkan kepupusan spesies manusia.
Ancaman ini adalah batu-batan atau lebih dikenali sebagai asteroid dan komet dari angkasa lepas yang menghentam Bumi.
Ancaman  terakhir yang serupa pernah berlaku di Bumi kira-kira 65 juta tahun yang silam dengan ia telah menyebabkan kepupusan spesies yang paling dominan pada masa itu iaitu dinosaur.
Namun begitu, walaupun manusia menyedari tentang ancaman besar ini, tidak banyak usaha yang  telah dilakukan untuk mengelakkannya daripada berlaku.  
Akhir sekali, pertunjukan ini menggesa pengunjung untuk bersama-sama menyokong program sekiranya ada  pada masa hadapan untuk mengelakkan bahaya global ini mengancam kesinambungan spesies manusia.