Lawatan Individu
Planetarium Sultan Iskandar dibuka setiap hari dari jam 8.45 pagi hingga 4 petang bagi Isnin hingga Jumaat dan seawal 9 pagi hingga 1 petang bagi Sabtu dan Ahad. Kaunter bagi tayangan individu akan dibuka 15 minit sebelum tayangan bermula dan anda boleh membeli tiket bagi tayangan di kaunter yang disediakan.
Harga bagi tiket individu adalah RM2 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak dan tadika serta pelajar sekolah rendah dan menengah.
Anda dinasihatkan untuk tiba awal sebelum tayangan bermula dan pintu teater tidak akan dibuka ketika tayangan berlangsung. Anda juga tidak dibenarkan untuk mengambil gambar, menggunakan telefon bimbit atau makan di dalam teater kerana ia dikhuatiri mengganggu penonton lain.
Sila rujuk jadual tayangan bagi jadual penuh.