psi logo new

Pusat Sains Mini

Pengunjung yang berkunjung ke Planetarium Sultan Iskandar turut berpeluang untuk melawat Pusat Sains Mini yang terletak di dalam kompleks planetarium. 

Pusat Sains Mini ini menempatkan bahan-bahan pameran seperti Teknologi Augmented reality (AR), kiosk maklumat, teleskop, model sistem suria dan gambar-gambar yang berkaitan dengan angkasa.

Di samping itu, Pusat Sains Mini turut menerima bahan-bahan pameran yang antaranya disumbangkan oleh Pusat Sains Negara (PSN), Kuala Lumpur atas inisiatif YB Datuk Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Semua bahan pameran tersebut adalah yang berkonsepkan gabungan teknologi dan sains.

Dengan adanya bahan pameran tersebut, para pengunjung boleh mengisi masa terluang sebelum melihat tayangan dengan mencuba bahan pameran yang menarik.

Untuk berkunjung ke Pusat Sains Mini, ia terletak bersebelahan teater Planetarium atau boleh menghubungi talian 082-417445 (En. Jenau Adam). 

Print Email